Friday, June 29, 2012

Biodata Nabi Muhammad S.A.W


wallahu'alam

Thursday, May 17, 2012

Naim si Budak Agama



Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia
seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di
sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila
Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada
memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan
perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa
bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat
pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun
senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah
membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan
bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di
sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap
mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya
dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek
kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga
akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya
satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga
akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman
sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali
bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak
mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh
tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka
bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa
yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang
tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan,
bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka
ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar
supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat
dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta Nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji
Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih
bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan
kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke
sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di
pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat
Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan
lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar Cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar
dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun
daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya
mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun
selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum
kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi
salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau
berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya
di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali
Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru
yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah
gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati
nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau
perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama
ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia
terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara
perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke
khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau
ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku
tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di
almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya
jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah
makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya
bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan
dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan
almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi
kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada
keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya
hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa
menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya
Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru
sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai
soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika
Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita
itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan
dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan
dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu
ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke
surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih
di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya.
Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya
sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman
sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab
dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya
perasaan ingin tahu.“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup
tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak
share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi
ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH
ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil
menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit
cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim
menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada
pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan
cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang
melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang
keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi
perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas
tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh
akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari
masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.

Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga
dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang
nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa
tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di
dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari
belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim.
Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar
tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid
tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya
dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci
mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka
budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang
berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang
choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai
sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin
pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh
dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan
tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan
sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam
kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang
dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang
choki-choki.
Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan
mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan
kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada
Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang
biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen
berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya
terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh
barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya
bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa,
“standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak
Agama.Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang
membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada
awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama
yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya,
“Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa
dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang
sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana
Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat
dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata
pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa
fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana
cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa
dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas,
“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik
dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri
yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki
bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”

Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia
membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang
mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan
dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati
manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh
diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang
membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu
mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang
anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah
orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba
tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama
Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia
mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya
menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah
hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan
junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal
hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia
berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi
semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi
hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu
kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang
dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada
lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang
meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika
peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia
tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa
untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah
dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika
dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya
itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan
kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul
Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam
hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya
mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur
lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang
takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan
Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya
sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad
untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang
jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik
Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan
Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada
Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya
seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang
macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.
Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan
sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi
harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang
ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan
buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah
menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti
dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke
tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul
ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang
dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di
hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika
membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’,
‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas
belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’.
Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca
surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga
dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya
bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika
menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara
ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi
nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa
berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat
penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati
Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir
panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip
yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah
Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang
kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa
berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri
yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang
oleh Khairul.“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu
wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil
mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu
sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna
yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai
kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku
tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama
dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah
siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia
salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit
seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik
tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak
sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan
solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada
mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam
sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah
sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti
ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik
sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa
mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang
telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua
pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya
kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat
sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri
kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko
dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja
nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang
sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,
dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan
bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama
kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi
Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau
melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada
engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci
mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan
bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu
bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang
diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di
dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di
sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan
berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun
kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula
dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan
berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’
para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak
Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia
baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya
jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia
terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali
Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan
yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya
lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat
kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening
memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia
tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal
dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang
yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia
yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya
tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak
sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan
yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui
kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang
bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga
kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia
sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat
pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke
neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim
itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti
sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat
dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat
tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan
menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan
yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya
dan mula menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah
balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang
tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan
menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita
melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti
remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang
menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina
itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan
hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah
yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan
najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah
kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan
bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau
berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia
yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi
Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh
buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi
soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat
dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas
baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba
diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama
didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air
laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan
dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi
tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang
menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir
ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan
sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak
di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia
yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil
peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya
dapat disambung di akhirat nanti.


copy from Eira Mieyra

wallahu'alam